Assalamualaikum dan selamat pagi. Lama tak buat kek, barang pun ada yang hampir rosak. Tetapi tarikh luput lambat lagi. Kawan kakak beri pisang emas yang belum masak. Bila sudah masak tak mampu nak habiskan. Jadi buat cekodok dan kek pisang.
Mencuba resipi dari Cik Ani di facebook kerana kuantiti pisang yang ada sesuai dengan resipi. Jadi tak perlu cari resipi yang lain.
Selalu gagal buat kek kerana bahagian tengah suka merekah dan juga tidak masak dengan sekata. Bahagian tengah suka naik tinggi dan lambat masak sehingga bahagian tepi sudah garing.
Inilah hasil kek yang masak tidak sekata. Kek turun sedikit ketika dikeluarkan dari oven. Kurang pandai nak sesuaikan suhu oven.
Tapi kek ini memang sedap. Rasa lembab keknya, jadi tidak mudah tercekik.
Jika nak resipi boleh klik di sini. Simpan resipi untuk rujukan pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan