Sabtu, 5 Oktober 2024

Misi Membuat Kerepek Pisang Selesai

Assalamualaikum dan selamat malam. Hujan petang tadi sampai sekarang. Alhamdulillah rasa sejuk sedikit. Pagi tadi menggoreng pisang untuk dijadikan kerepek. Dapat 3 balang semuanya. 

Kerepek pisang yang baru diangkat dari kuali.
Kena tapis agar keluar minyaknya sedikit.

Pisang berangan hasil tanaman abah.

Pisang yang siap dikupas kulitnya.
Guna sarung tangan baru tak melekat getah pisang.

Penyagat yang digunakan untuk menyagat pisang nanti.

Semasa menggoreng letak satu sudu air garam agar rasa sedikit masin.
 
Tinggalkan 2 sikat pisang agar dapat menikmati pisang yang masak pula. Jika terlalu banyak tak habis makan kerana rasanya yang manis. Lagipun pisang yang masak cepat buruk. Tamat sudah misi hari ini untuk membuat kerepek pisang. Sanggup tak keluar shoping semata-mata ingin membuat kerepek.

Abah suruh buat kerepek dari minggu lepas lagi tetapi pergi berjalan Penang pula. Jadi minggu ini baru berkesempatan. Nasib baik pisang belum lembut. Jika tidak tak jadi kerepek tapi jadi kuih. Syukur alhamdulillah dengan rezeki ini :)

Rabu, 25 September 2024

Semoga Lulus Google AdSense

 Assalamualaikum dan selamat malam. Berharap sangat agar lulus Google AdSense. Sedikit sebanyak boleh memberi semangat untuk terus menulis. Tetapi tak dinafikan blog ini masih baru dan tiada pengikut yang ramai. Semoga ada rezeki nanti.



Selasa, 24 September 2024

Cempedak Goreng Gemuk-gemuk

Assalamualaikum dan selamat malam. Scroll gambar di handphone, nampak cempedak goreng ini. Besar-besar buahnya. Gambar diambil 7 September yang lalu. Abah yang rajin beli buah cempedak di pasar petang hari Khamis. Hari Jumaat kerja lagi, hari Sabtu baru sempat goreng.


Nasib abah seorang yang sabar. Tunggu anak-anak cuti baru goreng buah cempedak ini. Bukan apa buah cempedak sejenis buah yang berangin. Risau badan berangin di tempat kerja. Bila berangin jadi kembung perut, sakit kepala dan sakit badan.


Bila time kerja memang kena pantang. Jika tidak badan yang merana. Tepungnya agak keras. Tak pasti sebab apa. Mungkin salah pilih tepung beras. Tapi alhamdulillah kurang berminyak. Terima kasih abah belikan buah cempedak yang sedap ini.