Tumpang Letak Gambar Kek Batik

Rimas terlalu banyak gambar dalam laptop. Sebelum buang letak dulu di blog sebagai kenangan. Kek batik memang sedap. Bahan asasnya roti merry, susu pekat manis, buttercup dan milo. Kek ini agak mahal kos untuk membuatnya tetapi senang untuk dibuat.








Sudah lama tidak membuat kek batik. Rasa teringin sangat baru buat. Kalau kena penyakit 'M' benda senang pun tak terbuat. Nak ke dapur pun malas...

Agar-agar Cendol Susu Tahun Baru Cina

Sempena cuti tahun baru Cina, berkesempatan membuat agar-agar Cendol Susu. Memang sedap dan nikmat rasanya. Tambahan sekarang cuaca panas. Sebelum ini saya pernah tulis resepi di sini

Tak sangka sudah pernah buat. Gambar yang lama pun cantik. Kebiasaan agar-agar saya sukat air menggunakan mug. Gula pula perlu rasa. Kalau puasa susah hati juga kalau tak sedap sebab tak boleh rasa.

Jom layan gambar di bawah. Kejadiannya memang tak begitu cantik tetapi sedap. Cendol pun banyak. Puas sangat makan :)



Pembuka Bicara 2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Blog ini terhasil apabila blog Sajian Hati telah disekat oleh Google kerana virus malware. Apabila blog Sajian Hati kembali pulih, saya rasakan blog ini bolehlah dijadikan sebagai tempat bercerita dan menulis diari mengenai makanan. 

Mungkin anda sudah maklum bahawa di blog Sajian Hati, saya kurang bercerita dan menulis fakta sahaja. Oleh itu, di sinilah tempat saya bercerita serba sedikit. Walaupun saya kurang gemar bercakap dan bercerita.

Sekian, terima kasih.