Assalamualaikum dan selamat malam. Hujan petang tadi sampai sekarang. Alhamdulillah rasa sejuk sedikit. Pagi tadi menggoreng pisang untuk dijadikan kerepek. Dapat 3 balang semuanya.
Kerepek pisang yang baru diangkat dari kuali.
Kena tapis agar keluar minyaknya sedikit.
Semasa menggoreng letak satu sudu air garam agar rasa sedikit masin.
Tinggalkan 2 sikat pisang agar dapat menikmati pisang yang masak pula. Jika terlalu banyak tak habis makan kerana rasanya yang manis. Lagipun pisang yang masak cepat buruk. Tamat sudah misi hari ini untuk membuat kerepek pisang. Sanggup tak keluar shoping semata-mata ingin membuat kerepek.
Abah suruh buat kerepek dari minggu lepas lagi tetapi pergi berjalan Penang pula. Jadi minggu ini baru berkesempatan. Nasib baik pisang belum lembut. Jika tidak tak jadi kerepek tapi jadi kuih. Syukur alhamdulillah dengan rezeki ini :)