Assalamualaikum dan selamat malam. Berharap sangat agar lulus Google AdSense. Sedikit sebanyak boleh memberi semangat untuk terus menulis. Tetapi tak dinafikan blog ini masih baru dan tiada pengikut yang ramai. Semoga ada rezeki nanti.
Rabu, 25 September 2024
Selasa, 24 September 2024
Cempedak Goreng Gemuk-gemuk
Assalamualaikum dan selamat malam. Scroll gambar di handphone, nampak cempedak goreng ini. Besar-besar buahnya. Gambar diambil 7 September yang lalu. Abah yang rajin beli buah cempedak di pasar petang hari Khamis. Hari Jumaat kerja lagi, hari Sabtu baru sempat goreng.
Nasib abah seorang yang sabar. Tunggu anak-anak cuti baru goreng buah cempedak ini. Bukan apa buah cempedak sejenis buah yang berangin. Risau badan berangin di tempat kerja. Bila berangin jadi kembung perut, sakit kepala dan sakit badan.
Khamis, 19 September 2024
Kembali Menulis Pada September 2024
Assalamualaikum dan selamat malam. Sudah lama tidak menulis di blog ini. Blog coretan mengenai makanan iaitu makanan yang dimasak sendiri di rumah. Sekadar kenangan dan suka-suka.
Blog ini merupakan blog ketujuh saya. Semoga lebih bersemangat untuk menulis. Harap ada yang sudi singgah dan follow blog ini :)
Langgan:
Catatan (Atom)