Isnin, 8 Jun 2020

Biskut Raya Aidilfitri 2020

Sempat ambil dua jenis kuih ini sahaja. Tak bersemangat kerana ramai ahli keluarga yang tidak dapat pulang ke kampung kerana PKPB. Jadi buat biskut sekadar ada sahaja untuk menceriakan hari raya :)


Biskut Nestum yang menggunakan resipi campak-campak sahaja sebab itu tidak menjadi. Kembang setaman :)


Biskut Mazola yang mejadi kegemaran dari dahulu sehingga kini. Nak resipi biskut Mazola klik di sini.

Sabtu, 2 Mei 2020

Sate Ayam Cubaan Pertama Kali

Pertama kali buat sate ayam. Alhamdulillah menjadi walaupun tak sesedap macam yang dijual. Sate perlu letak gula banyak baru bertambah sedap. Nak tengok resipi klik di sini. Jom layan gambar di bawah sekadar kenangan.

 Setelah siap dicucuk pada lidi

 Guna dapur buatan sendiri

Bakar pada waktu tengahari

 Siap dimasak dan dihidang


 Terlajak masak almaklum pertama kali...