Sumber Resipi :
Salina Ismail
Bahan-bahan :
1 cawan buttercup
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu tepung ubi
3 cawan tepung jagung
Coklat chip
Cara Membuatnya :
1. Sebatikan buttercup, susu
pekat dan esen vanila.
2. Kacau sebati menggunakan senduk kayu dan tidak perlu pukul hingga kembang.
3. Kemudian, masuk tepung ubi dan
tepung jagung.
4. Jika doh masih lembut tambahkan tepung jagung sampai tidak melekat di tangan.
5. Selepas itu, boleh tekan dengan
menggunakan acuan samperit.
6. Letakkan coklat chip atau ceri sebagai
hiasan.
7. Biarkan 1 jam baru dibakar untuk
elak bunga jatuh.
8. Bakar pada suhu 170oC
api atas dan bawah sehingga masak.